Anggota Amal bergotong royong dalam ‘A Day For Charity’

- Advertisement -

JABATAN Amal Malaysia (JAM) Negeri Selangor hari ini mengadakan ‘A Day For Charity’ di Kampung Kelanang, Banting dengan membawa khidmat gotong royong pembersihan dan juga Dapur Rakyat yang merupakan salah satu produk khidmat masyarakat dalam misi-misi bencana alam JAM di semua peringkat.

- Advertisement -

kelanang2Sempena program Khidmat Masyarakat, JAM Negeri Selangor bersama penduduk Kampung Kelanang, Banting bergotong royong menumbangkan seekor lembu dan memasak bagi menjamu penduduk kampung dan anggota Amal.

Pada masa yang sama anggota JAM Negeri Selangor membantu penduduk kampung membersihkan kawasan jeti nelayan dan kawasan perkuburan Islam berdekatan Masjid Al-Azim.

Sumbangan lembu tersebut adalah dari Pejabat Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib bagi menjamu penduduk yang rata-ratanya adalah nelayan.

Anggota Amal turut bersama melapah dan memotong daging tersebut untuk dimasak bagi menjamu penduduk Kampung Kelanang dalam satu majlis penyampaian bantuan makanan kepada golongan asnaf yang disempurnakan perasmiannya oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) Sijangkang, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi. – HARAKAHDAILY 20/8/2017

kelanang

- Advertisement -