KUIS kutuk serangan di Barcelona

- Advertisement -

KESATUAN Ulama Islam Sedunia (KUIS) mengutuk sekeras-kerasnya serangan di Barcelona, Sepanyol dan menganggapnya sebagai satu tindakan pengecut dan tidak bermoral yang ditolak oleh semua agama samawi.

- Advertisement -

Serangan tersebut telah meragut empat belas orang nyawa dan lebih daripada seratus orang cedera.

AliDaghiSetiausaha Agung KUIS, Dr Sheikh Ali Qura Daghi menegaskan akan kesucian darah manusia dengan mengatakan tiada alasan bagi membenarkan kezaliman itu sama ada dari sudut undang-undang agama samawi mahupun undang-undang antarabangsa.

“Tidak mungkin berlakunya pembunuhan tanpa sengaja yang dilakukan pengganas.

“Jenayah ini dilakukan oleh pengkritik Islam dan umat Islam, bahkan mereka menyediakan perlindungan ke atas militan di Barat, untuk menjatuhkan Islam tanpa mengira hak-hak yang sepatutnya,” ujarnya dipetik laman web Kesatuan Ulama Islam Sedunia – Asia Tenggara.

Beliau juga menegaskan bahawa perbuatan sedemikian dilakukan oleh puak pelampau dan militan yang sama sekali tidak menyerupai Islam dalam apa jua bentuk sekalipun.

Jelas beliau lagi, Islam berlepas diri dari mereka dan tindakan mereka.

Beliau yang kesal dengan apa yang berlaku menyatakan pembunuh sebenarnya mempunyai komplot yang mencurigakan dan bertujuan untuk melemahkan negara Islam serta menjalankan peperangan yang tidak akan berakhir.

Sheikh Qura Daghi turut mengucapkan ucapan takziah ke atas ahli keluarga mangsa yang tidak bersalah, dan memohon agar Allah SWT memelihara seluruh manusia dan negara dari kejahilan orang yang jahil dan konspirasi orang yang melakukan konspirasi.

- Advertisement -