Memali: Ini kisah kami 32 tahun lalu

MemaliCer
- Advertisement -

SELEPAS 32 tahun peristiwa Memali 1985 berlaku, kejadian itu menjadi buah mulut dan semakin panas diperkatakan selepas ia dibangkitkan di dalam program Nothing To Hide 2.0 yang dihadiri oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir.

- Advertisement -

Malahan peristiwa Memali itu menjadi luka yang tidak pernah sembuh bagi umat Islam di negara ini apatah lagi apabila peristiwa itu diperkatakan semula.

Ekoran itu, Dewan Pemuda PAS Kedah bersama Pemuda PAS Kawasan Baling akan mengadakan ceramah Isu Memali yang akan disampaikan oleh anak-anak mangsa Memali pada malam esok 19 Ogos di Tapak Pasar Malam iaitu bersebelahan petronas Parit Panjang (Makam Syuhada Memali).

Antara anak-anak mangsa yang akan berada di pentas ceramah itu nanti, Mohd Rosli Azmi, Yusni Mat Piah, Mohamad Zuhdi Mat Piah dan Shafirol Rozali.

Turut bersama di dalam ceramah yang akan bermula jam 9.00 malam itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Muhamad Sanusi Md Nor, Ketua Pemuda PAS Kedah Salim Mahmood, YDP PAS Kawasan Baling Hassan Saad, dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Baling  Roshidi Md Arof.

Orang ramai yang mahu mendengar sendiri luahan anak-anak mangsa Memali, dijemput beramai-ramai di dalam ceramah itu nanti. – HARAKAHDAILY 18/8/2017

MemaliCer

- Advertisement -