Bangunan baru pemangkin pembangunan Gua Musang

- Advertisement -

BANGUNAN baharu Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) yang bernilai RN8.4 juta menjadi mercu tanda Bandar Baru Gua Musang.  

- Advertisement -

Bangunan tiga tingkat itu dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk ‘basement parking’, dewan serbaguna, bilik mesyuarat termasuk bilik khas untuk ahli majlis MDGM.

guamsg1Perasmiannya disempurnakan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra hari ini. Hadir sama Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat; Speaker Dewan Ungangan Negeri, Dato’ Abdullah Ya’kob dan anggota-anggota Exco Kerajaan Negeri.

Yang Dipertua MDGM, Zainab Abidin Yusuf berkata, bangunan tersebut menjadi pemangkin kepada pembangunan Gua Musang.

Katanya, bangunan baru terbabit memberi suasana yang lebih kondusif kepada kakitangan MDGM menjalankan tugas harian.

“Projek pembinaannya bermula pada 2014 tertangguh akibat faktor cuaca termasuk banjir besar dan struktur tanah yang berbatu.

“Namun pada 20 April lalu bangunan ini berjaya diduduki. Bangunan ini diharap menjadi pemangkin kepada kemajuan serta pembangunan Gua Musang,” katanya pada program berkenaan.

Perasmiannya dilakukan apabila Pemangku Raja menandatangani plak bangunan baharu itu. Selepas itu baginda melawat pejabat baru sambil beramah mesra bersama kakitangan MDGM. – HARAKAHDAILY 17/8/2017

- Advertisement -