Tangkap Isa, SPRM harus siasat biar lumat

- Advertisement -

TAHNIAH kami di Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan ucapkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menahan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad pada jam 4.30 petang tadi berikutan siasatan isu pelaburan Felda.

- Advertisement -

khairulNSInsan yang disebut sebutkan sebagai orang paling berkuasa di Felda ini terlalu banyak isu yang terkait dengannya sejak beliau menerajui Felda dan kini beralih ke SPAD.

Antaranya isu pembelian Hotel, pelaburan PT Eagle, ikan Strurgeon, dan paling besar skandal FGV yang sangat merugikan kaum peneroka Felda.

Kami amat mengharapkan agar SPRM menyiasat sepenuhnya dan jika didapati berasas, maka pendakwaan harus dibuat sebagai susulan.

Siasatan juga harus dilakukan tanpa ada unsur takut dengan kaitan Isa Samad sebelum ini dengan pemimpin utama negara yang dikatakan terlalu banyak melindungi  ayam tambatannya ini.

Apa yang penting kami tidak mahu tangkapan ini hanya sebagai satu sandiwara menjelang Pilihan Raya Umum ke 14 yang akhirnya nanti pasca pilihan raya perkara sebaliknya berlaku.

Apapun kami tetap menaruh keyakinan SPRM akan melakukan yang terbaik demi memastikan agenda membanteras rasuah di negara ini tercapai.

Tahniah sekali lagi kepada SPRM. Buktikan agensi ini benar benar bebas.

KHAIRUL YAZMAN YAHYA
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan
15 Ogos 2017 – HARAKAHDAILY 15/8/2017

- Advertisement -