Hujah dengan hujah, bukan baling kerusi

IDRIS
- Advertisement -

APA alasan sekalipun, peristiwa baling kerusi dalam program  ” Nothng to Hide 2″‘ yang dihadiri oleh Tun Dr Mahathir Mohammad tidak patut berlaku. Hujah biarlah dengan hujah, bukan dengan kerusi. 60 tahun negara sudah merdeka, tunjukkan kematangan di dalam berpolitik.

- Advertisement -

Cara macam ini bukan adab ketimuran, jauh sekali dengan adab Islam. Berhujah dengan fakta, bukan auta. Berhujah dengan isi bukan emosi. Berhujah dengan penuh adab dan berakhlak. Berhujah dan menjawab dengan hikmah.

Jangan menyuburkan fitnah, walaupun terhadap lawan politik. Matlamat tidak menghalalkan cara. Berpolitik seperti ini tidak boleh dibiarkan subur di negara ini kerana ia merosakkan nilai politik dan meruntuhkan tamaddun sebuah negara.

Majoriti orang muda tidak suka dengan cara politik seperti ini. Mereka perlu kepada penyelesaian, bukan keserabutan. Mereka generasi gajet di tangan, bukan generasi buku lima dan kerambit di pinggang. PAS mengajak masyarakat berpolitik secara matang dan sejahtera. – HARAKAHDAILY 14/8/2017

- Advertisement -