Hanya PAS sahaja yang menentang RUU 164

IDRIS
- Advertisement -

WALAUPUN RUU 164 dibawa oleh kerajaan. 13 MP PAS menentang. Kami bangun untuk Speaker benarkan kira belah bagi supaya dikira setiap orang. Tapi apakan daya. Peraturan dewan menetapkan mesti ada 15 orang baru boleh dikira undi belah bagi. Mesej jelas. Datuk Takiyuddin Hassan (MP Kota Bharu) dan Dr Mohd Khairuddin (MP Kuala Nerus) yang bahas mewakili PAS amat jelas.

- Advertisement -

13 MP PAS sahaja yang bantah, walaupun kerajaan yang bawa. Sikap PAS adalah jelas, apabila baik untuk umat dan Islam kita sokong walaupun dibawa oleh kerajaan. Kalau sebaliknya, PAS akan lawan walaupun dibawa oleh kerajaan. Ini sikap PAS.

Tidak timbul isu PAS ‘berUG’ dengan umno apabila sokong RUU 355. Kerana ia baik untuk umat dan Islam. Nasihat saya kepada ahli PAS janganlah kita “terlajak cerdik” menuduh mereka yang menyokong RUU 164 telah makan dedak Datuk Seri Najib. Sebagai mana yang selalu dituduh kepada PAS. Biarlah  mereka kata kepada kita. Buktikan dengan amalan. Selagi kita pegang dengan Islam kita tenang dengan semua keadaan.

PAS matang, rasional, istiqamah, berhikmah, berilmu dalam tindakan. Sejahtera Bersama Islam. Aslim taslam. Islam selamat, negara selamat. Islam selamat Melayu selamat. Islam selamat Cina selamat. Islam selamat India selamat. Islam selamat, Kadazan, Dusun, Murut, Iban selamat.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
17 Zulkaedah 1438 / 10 Ogos 2017 – HARAKAHDAILY 10/8/2017

- Advertisement -