Beg sekolah berat punca sakit belakang

- Advertisement -

SEJAK zaman kanak-kanak lagi, anak seusia enam tahun di sekolah rendah dibebani dengan memikul beg sekolah berat sehingga boleh menyebabkan sakit belakang dan masalah kelengkungan tulang belakang akibat setiap hari membawa beg berat ke sekolah.
 
Masalah kanak-kanak membawa beg berat ke sekolah setiap hari bukanlah sesuatu isu yang baru tetapi ia adalah masalah lama yang tidak ada penyelesaian sehingga kini. Oleh sebab masalah ini kurang mendapat perhatian pihak berkenaan, kanak-kanak berisiko tinggi mengalami sakit belakang, leher, bahu dan sakit tulang belakang.
 
Menurut Pakar Ortopedik dan Pakar Tulang Belakang, kanak-kanak harus membawa beban 1/10 daripada berat badan dan tidak lebih daripada itu. Beliau menambah bahawa disebabkan masalah itu terdapat peningkatan jumlah pesakit tulang belakang di kalangan pelajar sekolah hari ini.
 
Begitu juga masalah sakit leher dan bahu tidak terkecuali kerana pada masa yang sama potensi dari kesan membawa beg sekolah berat.
 
Siapa yang tidak bimbang melihat anak-anak kecil yang membawa beg sekolah yang kadang-kadang lebih besar dan lebih berat daripada saiz mereka sendiri? Ibu bapa mana sanggup melihat keadaan ini berterusan? Adakah kita sedar tentang kesan buruk yang dihadapi oleh anak-anak kecil ini?
 
Menurut saintis yang menjalankan ujian ini, ia membuktikan bahawa membawa beg berat memberi kesan
kepada tulang belakang seorang kanak-kanak, walaupun hanya seberat 4 kilogram (10% daripada berat purata kanak-kanak) hanya dipikul. Mereka menasihatkan bahawa kajian harus dijalankan untuk mengelakkan kanak-kanak ini memikul beg sekolah yang berat setiap hari.
 
PAS menggesa Kementerian Pendidikan mengkaji semula dan mencari cara terbaik untuk mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh anak kecil di sekolah rendah ini.
 
Antara cadangan yang boleh kita fikirkan bersama untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menggalakkan kanak-kanak sekolah rendah ini menggunakan beg sekolah beroda dan dengan mudah ditarik, dari beg sekolah bahu. Menggunakan laci di sekolah untuk menampung buku teks yang berat. Laci hendaklah dikunci menggunakan kad magnet bersepadu dalam lencana atau Tag nama kanak-kanak jadi mereka tidak lupa membawanya ke sekolah. Guru juga boleh menyimpan “kunci utama” jika kanak-kanak terlupa untuk membawa kunci mereka di sana mereka dapat gunakan kunci pendua.
 
Mengasingkan buku latihan yang perlu dibawa ke rumah melalui buku teks yang mengandungi pembelajaran. Oleh itu, buku latihan untuk dibawa pulang akan menjadi lebih ringan. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan untuk membantu anak-anak mereka di rumah.
 
Mungkin kementerian pendidikan atau jabatan pendidikan harus mengkaji kesan beban berat pada kesihatan keseluruhan kanak-kanak. Kita berasa kasihan kerana anak-anak kecil ini terpaksa menanggung beban berat beg itu setiap kali ke sekolah. Mereka harus diberikan kemudahan dan keselesaan untuk pembelajaran mereka dan kesihatan mereka di masa depan tidak akan terjejas.
 
Kami berharap isu ini dapat ditangani dengan segera supaya anak-anak kita boleh pergi ke sekolah dengan selesa dan kesihatan serta keselamatan mereka terjamin. – HARAKAHDAILY 10/8/2017

- Advertisement -
- Advertisement -