PRU 14: Wacana ‘Parti Mana Bela Rakyat’

- Advertisement -

KELANTAN Ambang PRU 14, Parti Mana Bela Rakyat’ tentunya menarik perhatian ramai menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang akan diadakan tidak lama lagi.

- Advertisement -

Tajuk itu akan dikupas empat tokoh anak muda. Ustaz Ahmad Fadhli Shaari mewakili PAS, Mohd Azam Ismail (Umno), Dr Mohd Hafidz Rizal Amran (PKR) dan Asran Alias (PPBM).

Presiden NGO Pertahan, Nazman Che Iberahim berkata, semua kepimpinan pemuda empat parti terbabit sudah menyatakan persetujuan kehadiran mereka.

Katanya, wacana itu akan diadakan di Hotel Ansar Kota Bharu pada 10 Ogos ini bermula jam 9 malam. Wacana tersebut akan dimoderator pensyarah Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff.

“Fokus kita, hendak memberikan panduan umum kepada pengundi khususnya anak muda yang pertama kali membuang undi pada pilihan raya.

“Ia berpandu berdasarkan track rekod parti masing-masing,” katanya pada sidang media di Kota Bharu hari ini.

Nazman juga berkata, Pemuda Parti Amanah Negara dan DAP tidak dijemput kerana mematuhi arahan PAS Pusat.

Menurutnya juga pihak penganjur akan turut memasang skrin di luar memandangkan dewan hanya mampu menampung seramai 300 peserta.

“Jalan di hadapan Hotel Ansar akan ditutup pada malam tersebut bagi memberi lebih ramai anak muda mengikuti program berkenaan,” katanya.

Kata beliau juga sekiranya program tersebut mendapat sambutan ia akan diterus siri lain bagi mendidik belia terhadap budaya politik matang dan sejahtera. – HARAKAHDAILY 7/8/2017

Wacana Terbuka 1.0

- Advertisement -