Perlu RCI siasat skandal 1MDB

- Advertisement -

PAS menegaskan sekali lagi agar Suruhanjaya Diraja (RCI) diwujudkan segera bagi menyiasat kemelut perjalanan syarikat 1MDB selama ini yang mendatangkan masalah kepada negara.

- Advertisement -

Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penegasan agar RCI ini diwujudkan telah disebutkan oleh Presiden PAS,  Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sejak tahun 2015 lagi.

Tuan Ibrahim berkata demikian semasa sidang medianya di Hotel De Palma Ampang,  dekat sini hari ini selepas sesi meja bulat bersama wakil 1MDB,  Arul Kanda dan beberapa pimpinan yang lain.

Hadir sama, Naib Presiden, Ustaz Idris Ahmad, Setiausaha Agung, Datuk Takiyudin Hassan, Ketua Penerangan, Ustaz Nasrudin Hassan dan CEO Harakah, Zainal Abidin Kidam.

Kata beliau pertemuan berjalan dengan baik dan PAS juga mengingatkan agar 1MDB membayar hutang hutangnya mengikut pelan rasionalisasi agar tidak terus dibelenggu dengan bunga yang tinggi yang mencapai RM1.9 bilion setahun. – HARAKAHDAILY 7/8/2017

Laporan lanjut  dalam HARAKAH Cetak bilangan 227q

- Advertisement -