PAS sambut baik cadangan kerajaan tubuh JKMMS

- Advertisement -

PAS menyambut baik cadangan kerajaan manubuhkan Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah (JKMMS) untuk memperkasa Mahkamah Syariah selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan yang telah diumumkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

- Advertisement -

Langkah ini bertepatan dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Mahkamah Syariah merupakan institusi kehakiman paling awal wujud dalam negara ini, dan perkembangannya terhenti setelah negara dijajah oleh British yang telah mencabut akar umbi kepada kekuatan syariat Islam.

Usaha memperkasakan Mahkamah Syariah ini diharap akan dapat mengatasi puluhan kes yang tertunggak di Mahkamah Syariah disebabkan kekurangan kakitangan, hakim serta kemudahan yang sangat terhad kini.

Semoga usaha ini akan berjaya meletakkan martabat mahkamah syriah di tempat yang lebih baik.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
5 Ogos 2017 – HARAKAHDAILY 5/8/2017

- Advertisement -