Apabila timbul polemik keturunan…

- Advertisement -

APABILA timbul polemik keturunan dengan tuduhan satu sama lain, ada yang kata dia asal Karala, India lalu dijawab kamu dari Jawa, ada memperlekeh keturunan dari Bugis. Nasib baik tak ada keturunan dari England atau New York. Kalau ada tentu timbul rasa bangga pula.

- Advertisement -

Teringat satu hari apabila seorang sahabat Rasulullah SAW memanggil Bilal bin Rabah dengan panggilan, “Wahai anak hamba abdi berkulit hitam”, lalu Nabi SAW menegurnya dengan bersabda, “Sesungguhnya kamu masih ada perangai jahiliyyah”.

Islam datang untuk memuliakan manusia dengan taqwa, bukan keturunan dan warna kulit. Maka usahlah menghina seseorang kerana asal keturunannya atau warna kulitnya. Dan jangan pula merasa mulia kerana berasal dari golongan bangsawan yang turun dari kayangan kerana pandangan demikian adalah penilaian zaman jahiliyyah. Mari kita tingkatkan ketaqwaan kerana itu darjat sebenar di sisi Allah.

Senyum selalu.

- Advertisement -