Nikah perdana mampu bantu ringan kos pasangan

- Advertisement -

MAJLIS nikah perdana mampu membantu meringankan kos terpaksa ditanggung pasangan yang berhasrat mendirikan rumah tangga.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, institusi keluarga sangat penting bagi membina sebuah masyarakat yang baik selain mampu menjauhkan seseorang individu daripada terjebak dalam kancah maksiat.

“Ini dituntut dalam Islam. Apabila ada progam seperti ini, ianya banyak membantu pasangan yang mahu berkahwin,” ujarnya dipetik SelangorKini.

Semalam diadakan majlis nikah perdana iaitu hari kedua Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) di Masjid Al-Raudhah, Kampung Sungai Kelambu, Kuala Langat yang berlangsung meriah.

Majlis yang melibatkan 10 mempelai itu bertambah berseri apabila Ahmad Yunus Hairi turut menjadi juru nikah kepada salah satu pasangan terbabit.

Beliau yang juga ADN Sijangkang berkata, pada masa ini perbelanjaan untuk mengadakan majlis perkahwinan sangat tinggi sehingga mencecah berpuluh ribu sehingga menyebabkan ada yang terpaksa menangguhkan perkahwinan.

Selain bernikah beramai-ramai secara serentak, penganjur turut menyediakan pelamin dan jamuan untuk tetamu jemputan setiap pasangan pengantin.

Turut diadakan sesi fotografi di atas pelamin dan majlis makan beradab.

Sementara itu, program 3K yang melibatkan pelbagai acara mendapat sambutan orang ramai apabila dihadiri ribuan hadirin sejak petang semalam.

kawin

- Advertisement -