Jemput hadir jamuah muhibah Perantau Johor

- Advertisement -

Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (Perantau) cawangan Johor merancang mengadakan jamuan muhibbah dan dialog santai di antara ahli dan juga bukan ahli Perantau dengan pimpinan PAS.

- Advertisement -

Menurut Pengerusi Perantau JDT, Zulkifli Ibrahim, program yang dirancang itu akan berlangsung di Surau Istiqamah, Jalan Bacang 13, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor, pada Sabtu, 29 Julai ini.

Tambahnya lagi, program itu juga antara lain ialah untuk mencari ahli-ahli baru Perantau selain daripada memberikan penerangan kepada rakyat Terengganu berkenaan situasi politik semasa Terengganu.

Program dailog itu menampilkan Ketua Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi sebagai tetamu, bertujuan membuka ruang terutama kepada orang muda untuk bertanya sendiri kepada Ketua DPPM.

“Saya mewakili Perantau JDT menjemput semua perantau yang  bekerja atau tinggal bersama keluarga tak kira sama ada bujang, beristeri atau bersuami yang berasal dari Terengganu untuk hadir.

“Tidak dilupakan juga seluruh keluarga mereka dijemput hadir termasuklah juga para pelajar IPTA atau IPTS yang ada di Johor,” ujarnya yang mesra dengan panggilan Pok Zul.

NGO Perantau yang dikenali sebagai sebuah NGO yang mesra PAS itu juga berharap akan dapat membantu PAS untuk merampas kembali tampuk pemerintahan negeri Terengganu dalam PRU nanti.

Untuk keterangan lanjut, mereka yang berminta boleh menghubungi Pengerusi Perantau JDT, Zulkifli Ibrahim di talian 019-7550778.

perantajohor

- Advertisement -