PRU14: Perantau pemangkin kemenangan PAS

- Advertisement -

ANAK Terengganu yang tinggal di perantauan dilihat mampu menjadi pemangkin kemenangan PAS dalam Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

- Advertisement -

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu, Yahaya Ali berkata, Perantau Terengganu diharapkan dapat menjadi pencetus kepada gelombang bagi membina kesedaran dan kebangkitan rakyat untuk balik mengundi di kawasan masing-masing termasuk Marang sekali gus membantu kemenangan PAS di negeri itu.

“Kemenangan di Terengganu sangat bergantung kepada peratusan perantau yang akan balik mengundi (pada PRU14) dalam keadaan perbezaan kerusi yang sangat kecil antara PAS dan Umno iaitu dengan kedudukan 15-17,” ujarnya dipetik Buletin Online.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Idulfitri Bersama Perantau Kawasan Marang di sebuah restoran di Batu Caves, semalam.

Menurutnya selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Marang, majlis tersebut yang dianjurkan oleh PAS Marang dengan kerjasama NGO Perantau berlangsung meriah bermula jam 11 pagi hingga 2 petang dengan kehadiran para perantau terutama yang tinggal di Lembah Kelang.

Oleh itu, beliau mengharapkan perantau daripada golongan profesional dan teknokrat dapat membantu menyumbangkan idea untuk memajukan negeri Terengganu dalam pelbagai bidang melalui saluran yang disediakan oleh parti.

Tambah beliau, majlis yang dihadiri lebih 150 orang ‘anak-anak Marang’ tersebut merupakan permulaan langkah yang baik untuk pertemuan dan perbincangan selanjutnya.

- Advertisement -