Rakyat Palestin ikrar terus berjuang pertahan Al-Aqsa

- Advertisement -

SELURUH rakyat Palestin berikrar akan terus berjuang melindungi bumi Palestin hingga bebas dari Israel, demikian ditegaskan Ketua Biro Antarabangsa Hamas, Osama Hamdan.

- Advertisement -

“Kami saudara di al-Quds, Baitulmaqdis, kami saudara dari Gaza, kami adalah saudara yang sudah pasti akan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Melindungi hak orang Muslim dalam masjid ini.

“Mencipta suatu sejarah baru untuk ummah, yang mana umat ini tidak akan berputus asa dan akan mencipta sejarah baru. Kami percaya suatu hari nanti Palestin akan bebas,” ujarnya penuh semangat atas pentas Pidato Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu semalam.

Program sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali Ke-4 (Rantau Asia) itu telah menghimpunkan sekitar 100,000 hadirin.

Menurut Osama, tanpa Muslim dari seluruh dunia, mereka tetap tidak akan berputus asa terhadap Palestin.

Apatah lagi, katanya apabila seluruh ummah akan bergerak untuk melindungi Palestin, menyokong rakyat Palestin dan perjuangan mereka.

“Kami akan meneruskan perjuangan ini dan akan masuk ke dalam masjid seperti mana masuk ke dalamnya buat pertama kali dan akan bertakbir membesarkan Allah.

“Semua rakyat Palestin yang sedang berjuang, mereka berterima kasih kepada saudara-saudara di Malaysia yang sentiasa menyokong mereka.

“Mereka masih boleh percaya bahawa rakyat Malaysia adalah rakan mereka dalam membebaskan Palestin,” ujarnya optimis.

Tegasnya lagi, Rasulullah SAW pernah bersabda tidak akan berlaku kiamat sehingga hancur Yahudi, di mana mereka akan terus berjuangan bersama harapan sokongan dan doa daripada saudara se-Islam. (http://ijtimak.asia)

- Advertisement -