Pengganas dunia nombor wahid

- Advertisement -

Inilah pengganas!
Inilah keganasan!
Untuk siapa yang masih belum tahu
Atau belum sedar.

- Advertisement -

Rumah ibadah ditutup
Orang hendak solat dihalang
Ditembak dengan peluru getah, peluru hidup dan bom asap
Beberapa orang sudah syahid
Beratus lagi yang cedera.

Hospital pun diceroboh dan dicabuli
Tidak peduli hak asasi beragama
Tidak peduli hak asasi mendapat rawatan.

Tapi ada tak segan-segan
Menuduh pejuang mujahidin di Palestin sebagai pengganas.
HAMAS pengganas.
Israel pula adalah mangsanya.
Aduss!

Ada juga berkata,
“Tak perlu pertahankan masjid, Islam tekankan perlu jaga nyawa.”
“Jika yahudi mahukan al-Masjid al-Aqsa, serahkan saja. Syariat kita boleh solat di mana-mana.”

… tiada istilah jihad dalam benak mereka.
Berjihad adalah jahat kepada mereka.
Berjihad terus sengaja dikhianati makna dan tujuannya.
Kerana ada pihak yang berjihad bukan pada tempatnya.
Akhirnya, semua yang berjihad.
Walaupun kena pada tempatnya.
Kena dengan fiqhnya …

Pun…
Dituduh sebagai pengganas juga.
Jadilah ummat yang meninggalkan jihad.
Tidaklah meninggalkan jihad oleh satu kaum…
… melainkan mereka akan dihina oleh Allah.

Dibomnya Ghazzah pada hari raya
Ditutupnya Al-Masjid al-Aqsa
Diganasi orang yang mempertahankan hak untuk solat di Al-Masjid al-Aqsa
Ditembak kejam sebahagian mereka
Syahid, cedera
Dan menggelupur.

Ummat Islam Palestin adalah anak yatim
Teriakan dan tangisan mereka…
Hanya hilang di angin lalu
Tiada hati tersentuh
Tiada saudara membela
Atau mempertahan.

Setelah itu…
Pada Jumaat yang berikutnya…

Yahudi masih meneruskan keganasannya
Menembak lebih ramai
Mencederakan lebih ramai
Memenjarakan lebih ramai
Semakin kuat menghalang ummat Islam ke al-Aqsa.

Dan berlagak lebih sombong
Bertindak lebih biadab

Benarlah sabda Rasulullah SAW, “… Allah SWT mencabut rasa gerun kepada kamu daripada musuh-musuh kamu…”

Satu lagi…

Soalan di dalam benak hamba Allah yang dhoif ini
Masih adakah secebis doa
Untuk Ummat Islam di Palestin
Di Masjid al-Aqsa
Dan sekelilingnya
Daripada…
Imam-imam
Al-Masjid al-Haram
Dan Masjid Nabi
SAW?

Harapan al-faqir…
Akan terus ada doa pada permulaan musim haji ini
Setelah tiada bantuan senjata dititip
Bagi menangkis senjata-senjata zionis

Allahu al-Musta’an…

Zakaria Ismail
29 Syawal 1438H
23 Julai 2017

- Advertisement -