Usah bersekongkol pihak fitnah kerajaan negeri

kuliah1
- Advertisement -

RAKYAT diingat tidak bersekongkol dengan pihak yang bermati-matian mahu menjatuhkan Kerajaan Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) tidak lama lagi.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd Nasruddin Daud berkata, sepatutnya orang ramai berpakat menjaga kebun yang telah berbuah hasil usaha kita selama ini.

“Jangan pula ikut rentak musuh sehingga tidak sepakat menjaga kebun. Berbeza pandangan tidak menjadi masalah kerana kita boleh duduk berbincang.

“Kerajaan negeri ada silapnya ada silap kerana ia bukan maksum, namun tindakan pihak terbabit bukan hendak berbincang sebaliknya mahu menjatuh kerajaan yang ada sekarang,” katanya ketika menyampaikan kuliah Maghrib, di Dataran Stadium malam tadi.

Kuliah berkenaan diadakan sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia Ke-4 di Dataran Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Kuliah itu diadakan sebelum berlangsung malam kesenian Islam yang menampilkan Derry Sulaiman, Shoutul Amal dan The Four A dari Thailand.

Nassurudin yang juga Ketua Penerangan PAS Kelantan berharap rakyat di negeri itu tidak termakan dengan perangkap musuh yang saban hari memfitnah kepimpinan ulama.

“Fitnah hari ini menjadi makanan dunia. Yang peliknya pihak terbabit juga beragama Islam. Ada yang menyindir kerajaan negeri berkaitan kelulusan Dewan Undangan Negeri berkaitan hukuman sebat di tempat terbuka.

“Islam agama murni, tidak akan menyiksa penganutnya dengan hukuman sedemikian sebaliknya ia sebagai pengajaran,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 22/7/2017

- Advertisement -