Ulama perlu pertahan kerajaan Kelantan

- Advertisement -

ULAMA perlu berada di belakang kerajaan Kelantan bagi mempertahankan negeri tersebut  memandangkan sekarang ada pihak berusaha keras bagi menjatuh kerajaan negeri di bawah kepimpinan ulama.

- Advertisement -

“Ulama mesti berdiri di belakang kerajaan Kelantan yang ada sekarang. Jangan harap institusi pondok yang ada sekarang terus kekal apabila bukan lagi ulama yang mengetuai kerajaan,” kata wakil Malaysia, Ustaz Mokhtar Senik di Nadwah Ulama di KTC hari ini.

Beliau berkata, apa jaminan terhadap institusi pondok yang ada sekarang dapat dikekalkan apabila pihak lain yang mengambil terajui kerajaan negeri.

Menurutnya juga ada ulama yang membiarkan diri mereka dicatur oleh pihak lain bagi menjatuhkan kerajaan Islam di Kelantan.

Katanya, pihak terbabit bekerja keras bagi menjatuhkan kerajaan negeri di Kelantan dengan memperbesarkan perkara yang remeh temeh.

“Sepatutnya kita kalau sebagai guru pondok atau sekolah tahfiz tidak boleh hanya memikirkan institusi kita sahaja. Sudah sampai masanya kita memikirkan masalah ummah dan bukan lagi isu yang sempit.

“Perkara berkaitan furuk tidak akan selesai sehingga kiamat. Jadi tidak perlu kita perbesarkan,” katanya pada ucapan penutup wakil gerakan Islam.

Sebanyak 11 negara termasuk tuan rumah, Kelantan berucap pada nadwah ulama di KTC. Wakil lain termasuk dari Tajikistan, Thailand, Indonesia, Turki, Vietnam, Kempuchea dan Kashmir.

Perbahasan mereka berkisar tajuk Status Cabaran dan Halangan Ulama di  negara masing-masing. – HARAKAHDAILY 22/7/2017

- Advertisement -