Stadium mulai dipenuhi peserta ijtimak

- Advertisement -

STADIUM Sultan Muhamad IV tempat berlangsung himpunan sempena Ijtimak Perpaduan Ummah semakin dipenuhi orang ramai.

- Advertisement -

Padang bola dalam stadium mulai dimasuki orang ramai yang datang dari pelbagai tempat. Mereka mulai masuk sebaik sahaja pintu stadium dibuka.

Petugas sibuk melakukan kerja kerja akhir sebelum solat Maghrib. Kelihatan ramai yang memakai baju berwarna hijau.

Manakala mereka yang tiba awal bersila di atas tikar menunggu waktu Maghrib. Orang ramai masih lagi bertali arus memasuki ruang dalam stadium.

Ramai lagi yang berada di luar stadium masih berada di tapak ekspo, melawat gerai gerai pameran agensi kerajaan dan jualan pelbagai produk.

Di luar stadium juga tadi diadakan acara santai bersama Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dan PU Akram. – HARAKAHDAILY 22/7/2017

pahi

- Advertisement -