Sekretariat Perpaduan Ummah di Kuala Lumpur

- Advertisement -

IJTIMAK Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia yang berakhir petang ini mencetus resolusi bagi menubuh sektretariat yang berpusat di Kuala Lumpur untuk menyelaras isu-isu berkaitan dengan umat Islam.

- Advertisement -

Kedua, mewujudkan permuafakatan antara negara minoriti dan negara majoriti umat Islam agar kekuatan Islam dapat digarap secara lebih berkesan dan sekali gus dapat menaungi umat Islam yang lemah.

Ketiga, memastikan segala isu dan permasalahan dalam setiap negara Islam dan umat Islam tidak perlu dilibatkan campur tangan pihak luar terutamanya negara barat dalam  menanganinya.

Keempat, mempelopori usaha untuk mempelopori bagi mengharmurnikan isu-isu khalafiah dalam kalangan masyarakat supaya tidak memberi ruang kepada musuh memecah belahkan kesatuan umat Islam.

Kelima, mempergiatkan pengembangan ilmu Islam dalam kalangan masyarakat di negara masing-masing dengan pelbbagai wasilah yang ada.

Keenam, mengambil inisiatif secara bersungguh-sungguh untuk melahirkan ulama pelapis yang akan mewarisi kepimpinan ulama di seluruh rantau Asia.

Ketujuh, menangani isu dan permasalahan dan umat Islam yang ditindas di negara-negara minoriti Muslim seperti Chenhen, Rohingya, Kashmir, Ubezkistan dan lain-lain.

Kelapan, mengecam sekeras-kerasnya perbuatan terkutuk yang dilakukan rejim Zionis Israel yang menutup Masjid Aqsa bagi tujuan untuk meroboh dan memusnahkannya.

Kesembilan, memahamkan masyarakat khasnya umat Islam, Islam agama yang membawa kesederhanaan, ke arah mengekang pengaruh radikal Islam dalam kalangan umat Islam.

Kesepuluh, mengemblingkan ulama di rantau ini bagi mengembalikan peradaban Islam sebagai model peradaban Islam sejagat.

Resolusi itu dibaca Pengarah Nadwah Ulama dan Konfren Dakwah, Datuk Dr Nik Zawawi Salleh sebaik sahaja selesai forum di KTC petang ini.

Forum tersebut mengundangkan Dr Bilal Sabil dari Palestin; Presiden Parti Saadat Turki, Dr Temel Karamulla Uglu dan Dr Nik Zawawi. Prof Dr Badlishah bertindak sebagai moderator. – HARAKAHDAILY 22/7/2017

- Advertisement -