Amalan Islam di Vietnam masih lagi terhad

- Advertisement -

UMAT Islam di Vietnam tidak sama dengan Kempuchea, di mana tidak boleh mengamalkan amalan agama dengan bebas kerana ada sekatan kerajaan.

- Advertisement -

Perwakilan dari negara tersebut Alias Ayub berkata, tiada sekolah agama dan madrasah di Vietnam bagi membolehkan orang Islam menimba ilmu agama.

“Tidak sama dengan Kempuchea ada kemudahan masjid dan sekolah agama dengan diberi bantuan kerajaan, namun di Vietnam berlaku sebaliknya biar pun kedudukan geografi tidak jauh.

“Di Vietnam tidak boleh hendak menjalankan dakwah. Pelajar perempuan tidak boleh memakai tudung ketika belajar  di sekolah,” katanya pada Nadwah Ulama di KTC Kota Bharu hari ini.

Oleh itu beliau berharap mendapat bantuan daripada orang Islam  dari luar bagi membolehkan sekolah agama dan madarasah dibina di Vietnam.

Menurutnya dengan adanya sekolah agama membolehkan gerakan dijalankan dengan lebih berkesan di negara yang  mempunyai 80,000 penduduk Muslim itu.

Perwakilan Sri Lanka, Dr Mohammed Ismath Ramzy berkata, Jaamah Islami ditubuh di negara itu pada 1950, kini semakin berkembang dengan mempunyai 30 bahagian yang aktif melaksanakan tanggungjawab.

Katanya, pertubuhan itu ada sayap pemuda dan muslimat bagi membantu masyarakat di Sri Lanka mendapat gambaran sebenar mengenai Islam.

“Bagaimanapun sekarang kita berdepan dengan eksremis Buddha yang menyebabkan berlaku 614 kes pemusnahan harta benda orang Islam di negara tersebut.

“Begitu juga fahaman Islamfobia mulai muncul di Sri Lanka sekarang.Mereka bertindak mencari kelemahan orang Islam. Selain itu  Muslim di Sri Lanka juga menghadapi masalah mendapat makanan halal,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/7/2017

- Advertisement -