PAS Kuala Kangsar ucap tahniah kepada Jun Hoong

- Advertisement -

PAS Kawasan Kuala Kangsar dengan rasa bangga mengucapkan tahniah kepada atlet terjun kelahiran negeri Perak, Cheong Jun Hoong yang memenangi pingat emas acara 10 meter platform wanita dalam Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest kelmarin, demikian dinyatakan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Kangsar, Datuk Drs. Khalil Idham Lim.

- Advertisement -

“Kejayaan ini membawa kepada detik bersejarah dalam sukan akuati negara apabila seorang anak Perak mampu menjulang nama negara dipersada antarabangsa selepas beliau pernah menunjuklan kecemerlangannya dengan merangkul Pingat Perak dalam Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro.

“Kejayaan Jun Hoong diharapkan menjadi aspirasi kepada penggemar sukan akuatik dinegeri Perak dan di Malaysia untuk terus berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan tersebut,” ujar beliau lagi.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan negeri Perak memberi insentif khusus kepada atlit terbabit.

“Walaupun Jun Hoong pernah menerima insentif sebuah unit rumah pangsapuri di Bandar Meru, di sini bernilai RM320,000 serta wang tunai sebanyak RM15,000 daripada kerajaan negeri sebagai penghargaan kepada atlet itu merangkul pingat perak di Sukan Olimpik Rio. Namun dicadangkan supaya pihak Kerajaan Negeri Perak dapat memikirkan insentif khusus atas kejayaan tebaru Jun Hoong.”

Khalil Idham juga mencadangkan agar pakaian sukan akuatik turut direkabentuk menepati pemakaian sukan cara Islam bagi membolehkan kaum muslimah menyertainya. Mereka boleh berpakaian seperti yang ditawarkan oleh beberapa syarikat yang menawarkan pakaian muslimah dalam pelbagai jenis sukan termasuklah akuatik. – HARAKAHDAILY 21/7/2017

- Advertisement -