Lebih 1,500 sukarelawan bertugas di ijtimak

- Advertisement -

SERAMAI 1,526 sukarelawan dari seluruh negara akan berkhidmat sepanjang Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia yang bermula malam ini.

- Advertisement -

Setiausaha Jawatankuasa Kecil Sukarelawan Ijtimak, Ustaz Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, sebahagian besar sukarelawan berkenaan dari Kelantan.

“Ia bersesuaian Kelantan sebagai tuan rumah ijtimak berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan taklimat kepada sukarelawan terbabit di tapak ijtimak.

Beliau juga berkata, sukarelawan terbabit dipecahkan kepada enam portfolio antaranya carlie-carlie menguruskan sekretariat, delta (pengurusan persegaran dan perbekalan), papa romeo (menguruskan protokol), papa lima (logistik persiapan) dan papa tenggo (menyambut tetamu).

Katanya, sukarelawan tersebut mendaftar dalam tempoh dua minggu.

“Mereka hanya diberi taklimat sekali sahaja sebelum bertugas hari ini. Sehari mereka dibahagikan kepada dua shif tugas,” katanya.

Menurutnya, sukarelawan merupakan petugas sokongan bagi menjayakan program besar terbabit.

“Mereka tidak pernah menghadiri sebarang kursus dan pengalaman kerja kerana sebahagian besar mereka adalah pelajar.

“Bagaimanapun golongan muda begitu bersemangat untuk bertugas program besar peringkat antarabangsa,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 20/7/2017

- Advertisement -