Himpunan bantah tindakan zionis Israel

SELURUH umat Islam diseru bagi nyatakan solidariti terhadap umat Islam Palestin yang menerima tindakan provokatif daripada Zionis Israel. Minggu lalu, mereka dihalang menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa selain penahanan Mufti Baitul Maqdis. Ini adalah rantaian dari siri kekejaman Zionis.

Advertisement

Ketika pertembungan sebahagian negara Arab dengan Qatar yang masih meninggalkan tanda tanya, umat Islam di Palestin terus ‘diperkotakkatik’ oleh rejim Zionis Israel. Secara jelas, inilah derita umat disebabkan perpecahan yang tidak perlu. Gagal mengenal musuh sebenar menyebabkan umat Islam terus ditindas.

Ironinya badan induk dunia – khususnya Majlis Keselamatan PBB – yang sepatutnya  proaktif menangani isu ini, mereka diam atau sekadar bantah melalui kenyataan, sedang mereka punya kuasa bertindak. Apakah itu hanyalah “paradoks” kepada makna keamanan dunia dan keselamatan (international peace and security) yang sering dipelopori badan berkenaan?

Justeru, PAS menyeru umat Islam negara ini nyatakan solidariti selepas solat Jumaat.

Tarikh: 21 Julai 2017
Hari: Jumaat
Masa: Selepas Solat Jumaat
Tempat: Dataran Muhammadi, Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan
Anjuran: Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Ayuh kita tunjukkan bahawa umat Islam tidak pernah berhenti menentang Zionis dan sentiasa bersama umat Islam Palestin.

Sejahtera Bersama Islam

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
19 Julai 2017 / 25 Syawal 1438 – HARAKAHDAILY 19/7/2017