Adun PAN kitar isu lama

- Advertisement -

PADA 27 Oktober 2015 seorang pemuda yang mendakwa mewakili pengundi luar Kelantan membuat laporan dakwaan rasuah lebih RM5 juta berkaitan pembalakan di Kelantan.

- Advertisement -

Laporan itu dibuat di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menyerah dokumen lebih 50 helai.

Dokumen itu mendakwa wujud transaksi pembayaran wang kepada seorang Exco bagi perbelanjaan ke luar negara.

Dan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) minggu lepas Adun Salor, Datuk Husam Musa sekali lagi mendakwa seorang Adun PAS menggunakan RM50,000 untuk ke luar negara.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, isu berkenaan telah sudah lama dibawa ke SPRM.

“Siasatan mendapati ia tiada sebarang kes yang disabitkan dengan Adun berkenaan,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Exco hari ini.

Mohd Amar berkata, laporan audit tidak melibatkan RM50,000 sebagaimana yang didakwa Adun Salor.

Sebaliknya kata beliau ia melibatkan pengurusan anak syarikat kerajaan negeri yang berkaitan sahaja. – HARAKAHDAILY 19/7/2017

- Advertisement -