Memali: Dosa itu sudah kau lupakan?

- Advertisement -

PADA awal November 2010, Sasterawan Negara, Dato’ (Dr) A. Samad Said telah berkunjung ziarah ke Baling mengimbau silam tragedi berdarah Memali yang memasuki tahun ke-25 ketika itu.

- Advertisement -

Selain makam syuhada’ Memali di Parit Panjang, beliau juga menjejak kaki langsung ke rumah as-Syahid Ustaz Ibrahim Libya. Antara penegasan penting beliau ialah mahu sejarah Memali yang dipesongkan pemerintah agar diperbetulkan.

Pembelaan kepada para korban dan keluarga mereka perlu dikembalikan hak itu dan beliau menuntut agar kertas putih dibentangkan di Parlimen. Ketika itu, antara ungkapan penting Pak Samad adalah “Dosa itu tidak harus dilupakan!”

Ungkapan itu dibawa pulang Yang DiPertua PAS Bukit Bintang, Mohd Radzi Hashim (arwah) kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Lalu, pada Hari Mengingati Tragedi Berdarah Memali Kali Ke-25 yang diadakan, beliau telah mencetak t-shirt khas.

Pada t-shirt itu tertulis “Memali: Dosa Itu Tidak Harus Dilupakan!” Dalam ceramahnya ‘Abang Mat’ mengecam mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad habis-habisan.

Malah, Penasihat Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut menempelak Mahathir dengan menyatakan bahawa keterangan Mahathir mengenai Memali adalah satu pembohongan.

Kini kedua-duanya telah memadam isu Memali dari memori entah sama ada lupa atau memaafkan. Lalu menerima Mahathir dengan penuh ramah mesra. – HARAKAHDAILY 17/7/2017

- Advertisement -