Ijtimak antarabangsa jadi harapan ummah

- Advertisement -

IJTIMAK Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) yang bermula Khamis ini menjadi harapan pelbagai pihak sebagai titik permulaan bagi menyatukan semula umat Islam.

- Advertisement -

Orang ramai berharap ijtimak tersebut yang berlangsung di Kota Bharu mulai 20 hingga 22 Julai ini menjadi medan untuk menyatukan semula umat Islam.

Johari YapPengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Johari Yap berkata, perpecahan yang berlaku dalam Islam sejak kebelakangan ini semakin ketara.

Menurutnya, situasi itu bukan hanya berlaku pada peringkat nasional bahkan global dengan isu wahabi, salafi dan sebagainya.

“Apabila perkara ini berlaku, ia menyebabkan masalah dan kekeliruan dalam kalangan orang yang baru memeluk agama Islam.

“Harapan kami dengan penganjuran ijtimak ini dapat menyatukan semula dan dapat menunjukkan kesatuan umat Islam bahawa Islam boleh bersatu,” katanya.

Manakala persiapan sedang giat dijalankan di lokasi berlangsung ijtimak termasuk di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kelantan Trade Centre, Dewan Jubli Perak MPKB dan Dewan Teratai Kota Darulnaim.

Bendera negara peserta juga dipasang di laluan utama berhampiran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa.

Begitu juga poster ijtimak boleh dilihat di seluruh Kelantan. Kerajaan negeri mensasarkan kira-kira 100,000 hadir pada kemuncak ijtimak tersebut pada hari Sabtu malam Ahad. – HARAKAHDAILY 17/7/2017

- Advertisement -