Rakyat Terengganu sedia buat perubahan

- Advertisement -

RAKYAT Terengganu dalam kalangan golongan muda dan orang lama sudahpun nenyatakan kesediaan untuk membuat perubahan pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

- Advertisement -

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ustaz Husain Awang menegaskan pihakya telah bersedia berhadapan PRU14 yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Oleh itu, katanya bagi meningkatkan kesiapsiagaan para ahli dan penyokong, PAS akan mengadakan satu lagi Himpunan Harapan Semua PAS Ganti Umno (HARAP-PGU) kali ketujuh pada sesi ini.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh muslimin dan muslimat dan juga kepada seluruh pengundi terutama di kalangan anak-anak muda yang tentu masing-masing bersedia untuk membuat perubahan pada pilihan raya yang akan datang ini,” ujarnya dipetik Buletin Online.

Menruutnya lagi, sebagai persediaan ke arah itu, PAS negeri telah mengadakan program Harap-PGU dan yang terbaru akan diadakan pada 27, 28 dan 29 Julai ini di Pengkalan Atap, Batu Rakit, Setiu.

Sehubungan itu, beliau menjemput semua rakyat Terengganu hadir memeriahkan Harap-PGU 3.7 bagi mendapat maklumat terkini ehwal semasa dan perkembangan politik negara.

Ustaz Husain juga menjemput seluruh rakyat tanpa mengira agama dan latar belakang politik untuk hadir ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Badan Perhubungan PAS Terengganu yang akan diadakan di perkarangan pejabat PAS negeri di Taman Seri Intan Kuala Terengganu pada Khamis, 20 Julai, dari jam 11 pagi hingga 3 petang.

raya bppnt

- Advertisement -