The Star masih belum serik

- Advertisement -

AKHBAR ini pernah dipanggil dan diberi amaran berkenaan laporannya yang dilihat menghina Islam sebelum ini.

- Advertisement -

Dalam laporan muka depannya hari ini ia cuba memomokkan pembacanya dengan usaha Dewan Undangan Negeri Kelantan memartabatkan pelaksanaan Islam di negeri majoriti Islam itu.

Nampak ia masih terus dengan amalan lamanya.

Dan kebetulan akhbar itu juga hari ini langsung tidak melaporkan darihal kunjungan tokoh gerakan Islam Tunisia yang merupakan Presiden Pergerakan Al-Nahda, Sheikh Rached Gannouchi ke Malaysia.

Sheikh Gannouchi dalam lawatannya mengunjungi PM, bertemu Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Bidang Peradaban Islam oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) namun bagi The Stat ia tiada nilai berita.

Mungkin akhbar ini perlu dipanggil semula KDN kerana ternyata ia masih belum serik. – HARAKAHDAILY 13/7/2017

- Advertisement -