Pengurus TBG: Tahniah Ahmad Shahrul Azhar Sofian

- Advertisement -

TAHNIAH atas pelantikan Ahmad Shahrul Azhar Sofian selaku Setiausaha Kehormat PAFA dan juga merangkap Pengurus pasukan Bola Sepak Perak (dikenali juga TBG – The Boss Gaurus) yang baru.

- Advertisement -

Anak jati Ipoh ini merupakan legenda bola sepak yang banyak membantu skuad The Boss Gaurus ketika menggalas tugas kapten pasukan malah cemerlang sebagai pemain kebangsaan. Pemilihan beliau sebagai pengurus amat bertepatan dan diharapkan momentum kemenangan akan berterusan dan seterusnya dapat  membawa sinar kejayaan buat Perak bagi merangkul trofi Piala Malaysia dan berkedudukan kelompok teratas Liga Super 2017.

DPPK Tambun terus komited menyokong segala usaha untuk TBG kembali menjadi pasukan disegani kawan, digeruni lawan. Semoga Allah mengurniakan kejayaan buat kita.

Dalam perlawanan pertama saingan Piala Malaysia kali ini TBG berjaya mengalahkan PKNS FC di laman sendiri. Sabtu lepas juga TBG mencapai kemenangan 3-2 ke atas Kedah dalam saingan Liga Super di tempat lawan.

HAFEZ SABRI
Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak
12 Syawal 1438H/6 Julai 2017M – HARAKAHDAILY 6/7/2017

- Advertisement -