Mujahid, jangan mu jahat tak pasal

- Advertisement -

CEMUHAN pimpinan Pakatan Harapan (PH) serta para penulis yang menyokong mereka terhadap surat terbuka Presiden PAS menyerlahkan persamaan kedangkalan, kegopohan, melulu, melampau dan buruk sangka mereka. Mereka seakan langsung tidak membaca isi kandungan tulisan tersebut, lalu terus merepek membuat pelbagai huraian, kecaman, dakwaan dan tuduhan.

- Advertisement -

Malah, surat itu seperti merenjat keterujaan mereka untuk mendapatkan khidmat pihak asing untuk datang ke negara ini setelah mengadakan proses perundangan berkaitan di negara itu. Tidak puas hati dengan teguran dan nasihat Presiden PAS, maka beliau diheret langsung untuk dikaitkan dan dilabel bertindak untuk melindungi atau membela skandal tersebut, termasuk Perdana Menteri.

Walhal, dalam suratnya itu tidak terdapat sebaris ayat pun yang mempertikaikan prosedur sedang dijalankan oleh Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat itu, mahupun membela Najib. Sebaliknya, surat beliau ditujukan kepada parti-parti politik negara agar tidak cenderung atau menarik penyelesaian asing yang berpotensi mengundang campur tangan. Bahkan, beliau menyeru masalah tersebut diselesaikan sesuai dengan perundangan dan kedaulatan sendiri negara ini.

Terbaru melemparkan bidasan seumpama adalah Naib Presiden PAN, Dr Mujahid Yusof Rawa yang menyatakan bahawa surat itu menyerlahkan kejahilan Presiden PAS terhadap prosiding undang-undang DoJ. Boleh Dr Mujahid tunjuk di para mana dalam surat itu Presiden PAS mempersoalkan prosiding berkenaan? Pada tarikh bila atau di mahkamah mana atau rujukan sumber mana Dr Mujahid mengikuti prosiding tersebut?

Ujar Mujahid, Presiden PAS juga ‘menuduh’ kuasa asing cuba campur tangan. Sedarkah bahawa kamu yang sedang menuduh Presiden PAS? Nyatakan, pada ayat mana beliau membuat ‘tuduhan’ yang kamu tuduhkan itu? Bahkan kamulah yang membuat tuduhan dengan menyatakan Presiden PAS kekurangan maklumat dan mungkin mengikut skrip Umno/BN bagi mengalih tumpuan sebenar.

Malah, kamu juga menyeru supaya memberi bantuan kepada negara asing untuk menangkap perompak besar dari negara kita yang merompak di negara asing dengan menggunakan kekayaan negara kita. Jika kepastian kamu terhadap perompak itu silakan kemuka bukti kukuh untuk diambil tindakan penguatkuasaan? Hanya bercakap sahaja dan selepas ini jika kamu bertemu yang didakwa si perompak itu di medan lain kamu boleh bergelak ketawa dan minum kopi?

Tidakkah pengakuan kamu itu juga boleh dikata secara tidak langsung bahawa kamu sememangnya mahu dan beria-ia untuk pihak asing diundang bagi mengadili hal di negara kita? Sepertimana kamu mendakwa Presiden PAS secara tidak langsung menjadi pembela kepada kleptokrasi kerajaan Najib. Mana suara kamu terhadap dakwaan berkaitan yang turut dihadapkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Guan Eng berkaitan rasuah?

Jelas kamu sendiri keliru antara perjuangan dan prinsip untuk menyelamatkan negara dengan tindakan mengizinkan keterlibatan pihak luar yang tentunya merisikokan pelbagai kemungkinan, sekali gus menunjukkan dan mencemarkan juga nama baik seorang ahli legislatif. Kamulah sebenarnya berada dalam mentaliti yang terkepung oleh ‘tuan besar’ kamu setelah sekali lagi menempelak para mufti dan pemimpin agama berpandangan terhadap perkara itu.

Apakah kamu seorang dan parti kamu sahaja yang pandai dan betul hingga kamu gamak membidas sekian mufti dan pemimpin agama? Sikap yang kamu tunjukkan lebih mengacau-bilaukan negara di masa depan. – HARAKAHDAILY 6/7/2017

- Advertisement -