Tangani segera penyakit anjing gila di Sarawak

- Advertisement -

PENYAKIT anjing gila atau Rabies adalah penyakit virus yang menyebabkan keradangan otak pada manusia dan mamalia lain. Tanda awal mungkin termasuk demam dan kesemutan di bahagian yang terdedah.
 
Virus rabies didapati dalam tisu saraf mamalia yang dijangkiti. Kerana virus ini berfungsi perjalanan ke otak, ia mula dirembeskan dalam air liur haiwan. Manusia dan mamalia mendapat rabies apabila air liur berjangkit dimasukkan ke dalam badan, biasanya melalui gigitan dari haiwan yang dijangkiti.
 
Kes pertama yang melibatkan kematian dua daripada tiga adik beradik Monica dan Jackson Mazlan berusia enam tahun dan empat tahun  yang dijangkiti virus rabies atau penyakit anjing gila di Serian semalam. Mereka telah disahkan mati otak dan ibu bapa mangsa bersetuju untuk menghentikan penggunaan mesin bantuan hayat.
 
Kita amat simpati akan nasib yang menimpa keluarga mangsa yang kehilangan anak kesayangan mereka. PAS menggesa kerajaan segera menangani virus rabies ini daripada merebak dengan mengambil tindakan  menghapuskan anjing-anjing yang disyaki dijangkiti virus rabies.
 
Kami mengesyorkan bahawa kerajaan segera menangkap anjing liar yang berkeliaran terutamanya di kawasan yang disyaki mempunyai virus rabies dan mengelakkan kanak-kanak atau sesiapa saja daripada mendekati atau melalui kawasan yang terdapat banyak anjing liar.
 
Mereka yang memelihara anjing juga perlu diperiksa untuk mengelak daripada terkena gigitan atau serangan virus rabies. Anjing peliharaan juga perlu diperiksa untuk menjaga keselamatan penduduk sekitar. Jangan biarkan anjing mereka merayau-rayau keluar tanpa jagaan.
 
Pihak kerajaan perlu mencegah virus ini daripada merebak dan mengatasi masalah ini dengan segera kerana ia mengancam nyawa dan keselamatan penduduk yang terbabit.
 
JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS, Sarawak – HARAKAHDAILY 5/7/2017

- Advertisement -
- Advertisement -