1MDB: Kenapa mesti panggil penjilat darah umat Islam

- Advertisement -

1. PEPATAH melayu ‘keluar dari mulut harimau masuk pula kemulut naga’, inilah pepatah yang paling sesuai dalam menjawab cadangan agar pihak luar campur tangan dalam isu 1MDB. Sejarah membuktikan Amerika tidak pernah jujur dalam menangani sesuatu isu yang melibatkan negara umat Islam.

- Advertisement -

Ustaz rosli2. Sejak awal PAS telah mencadangkan supaya ‘Suruhanjaya Diraja’ ( RCI) ditubuhkan dengan kadar segera bagi menyiasat isu ini, supaya ianya dapat diselesaikan dengan secara adil dan telus sekali gus rakyat dapat melihat fungsi BNM, SPRM, Jabatan Audit Negara, PDRM dan intitusi kehakiman negara sebagai intitusi yang benar-benar berwibawa dalam menjaga kesejahteraan negara dan rakyat.

3. Kegagalan menubuhkan RCI pasti menyebabkan isu ini akan berlarutan dan yang paling parah ialah ianya melibatkan jumlah keewangan negara/rakyat yang besar, yang pastinya rakyat yang berhadapan dengan risiko kesan dari isu tersebut, kerana itu PAS mahu isu ini diselesaikan dengan kadar segera supaya isu 1MDB tidak berlaku sebagaimana isu skandal BMF, Perwaja dan Forex, tidak termasuk lagi isu-isu yang lebih kecil dari itu.

5. PAS juga sekali gus menolak campur tangan negara luar terutama Amerika yang tidak pernah kelihatan jujur dalam menangani isu negara umat Islam, sudah cukup umat Islam berkiblatkan kepada mereka yang sentiasa membasuh tangan mereka dengan darah-darah umat Islam, nyawa umat Islam mereka ratah begitu sahaja apatahlah ekonominya.

6. Perjuangan PAS adalah Islam, tidak kira dalam apa rupa bentuknya termasuk dalam membina kerangka ekonominya juga jalan penyelesaiannya, apa jua tindakan yang boleh mendatangkan mudarat atau mudaratnya lebih besar kepada negara mestilah ditolak, kerana itulah Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bertegas dalam kenyataannya supaya jangan ada campur tangan asing dalam menangani kemelut negara.

7. Tuan Guru Dato’ Seri Hj Abdul Awang adalah pimpinan gerakan Islam bertaraf dunia, beliau telah melihat kesannya kepada negara-negara Islam lain apabila berlakunya campur tangan Amerika, penegasan inilah yang menyebabkan PH menuduh kononnya PAS terpalit sama dengan isu kewangan 1MDB, kononnya PAS bersekongkol dengan Umno, inilah ratib mereka siang malam.

8. Namun bagi ahli PAS, kenyataan Tuan Guru Presiden adalah garis panduan yang sangat tepat, Islam memang kelihatan pelik bagi mereka yang asing dengan ilmu dan ulama apatah lagi mereka yang membencinya, musuh PAS pasti akan sentiasa mencuri ruang dan peluang untuk burukkan PAS, namun bagi PAS dituduh bersekongkol dengan Umno tak mengapa kerana itu adalah tuduhan, asal jangan cuba bersekongkol dengan Amerika yang merupakan penjilat darah umat Islam.

USTAZ ROSLI ABDUL JABAR
Pesuruhjaya PAS Pahang / Adun Tanjung Lumpur

- Advertisement -