Salah laku tetap ditentang

- Advertisement -

PAS tidak pernah setuju dengan penyelewengan, salah laku, rasuah, penggubahan wang haram, riba, pembaziran, penipuan dan sebagainya dalam orientasi ekonomi negara termasuklah isu berkait dengan 1MDB. Justeru ia suatu yang bertentangan dengan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

- Advertisement -

Justeru itu, sejak awal PAS tegaskan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasatkan dakwaan salah laku 1MDB secara menyeluruh, tidak berpihak dan telus.

Kerajaan tidak boleh lengah dalam hal ini. Ambil tindakan segera untuk menyelesaikan siasatan rapi. Lengah membawa padah. Rakyat hilang kepercayaan kepada wibawa kerajaan.

Tiada siapa yang boleh dilindungi, yang salah tetap salah maka ia mesti diseret ke muka pengadilan walau siapa mereka. Lantaran itu, siasata yang telus dan tindakan yang serius mesti dilakukan.

Negara mesti bersih dari dakwaan skandal kewangan terbesar ini. Berapa kali maruah negara dibiarkan tercalar? Skandal BMF, PERWAJA, PKFZ, KWSP, FOREX dan kini 1MDB. Kita tidak mahu negara ini ditanda sebagai Negara Korupsi.

Kerajaan mesti mengambil langkah tegas dengan mengeluarkan waran bagi menahan siapa jua pihak yang enggan memberi kerjasama bagi membantu siasatan. Jangan jadi kerajaan yang ‘lembam’ dalam tindakan.

Pada masa yang sama, YB Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi telah kemukakan peringatan tegas agar tidak usahlah kita mengundang atau membuka jalan kepada pihak asing khasnya Amerika untuk campur tangan.

Soal mereka nak siasat apa yang berlaku berkait dengan hal ehwal negara mereka, biarkan mereka. Tidak perlu dari pihak negara kita ada pihak yang terhegeh-hegeh membuka jalan masuk kepada Amerika kerana Amerika juga bukan pihak yang boleh dipercayai dengan lagak mereka sebagai Polis Dunia itu.

Sejahtera Bersama Islam

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

- Advertisement -