Insya Allah, sumbang kerusi untuk PAS perintah Terengganu

- Advertisement -

Muslimat PAS Besut telah menggerakkan seluruh jentera untuk menghadapi Pilihan raya Umum (PRU) ke-14 nanti, kata ketuanya Nafisah Ismal.

- Advertisement -

“Sekarang ini kita tengok saat pilihan raya pun dah hampir dan masyarakat mula terasa suasana pilihan raya. Masing-masing kita tengok dalam keadaan bersedia.

“Kalau di dun Kuala Besut boleh dikatakan semua cawangan dah aktif. Petugas parti terutamanya muslimat PAS Kawasan Besut di semua peringkat berada dalam ‘mode’ 100% bersedia menunggu tiupan ‘trompet perang’ PRU 14.

“Insya Allah ‘Besut’ akan menyumbang kerusi kemenangan untuk PAS memerintah kembali negeri Terengganu ini,” tegasnya dipetik Buletin Online.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfiri yang diadakan Kampung Dengir, Besut, semalam.

Tambah beliau, pihaknya juga melaksanakan pelbagai program untuk mengekang gejala sosial yang semakin membarah di kalangan masyarakat khususnya di kawasan Besut mutakhir ini.

Beliau berkata, banyak peristiwa dan isu-isu yang terjadi seperti kes rogol, kerosakan akhlak dan sebagainya.

“Dan isu terbaru hari ini kes tetak. Sekarang ni kita dengar di Besut (berlaku) tiga kes tetak. Jadi bagi kita (PAS) rasa semakin hari semakin takut dengan suasana ini dan ia menjadi satu cabaran kepada masyarakat Islam,” ujarnya.

Justeru itu kata beliau, antara kegiatan yang dianjurkan Muslimat PAS Besut bagi menangani masalah itu ialah kursus-kursus membina sahsiah diri para remaja.

“Kita mengadakan program-program kemasyarakatan seperti kursus keibubapaan bersama dengan golongan remaja, usrah dan sebagainya bagi membentuk akhlak masyarakat hari ini,

“Kami sebagai muslimat PAS akan berperanan dalam menyelesaikan masalah yang ada dalam masyarakat kita hari ini dan tidak meletakkan tanggungjawab itu dibahu kerajaan semata-mata,” jelas beliau.

- Advertisement -