Generasi akan awasi langkah Isa Samad di SPAD

- Advertisement -

KEMASUKAN Tan Sri Isa Samad ke Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)  bukanlah mengejutkan, kerana umum mengetahui hubungan akrab Perdana Menteri dengan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan ini. Kami di NGO Generasi mengucapkan takziah kepada warga generasi SPAD kerana dapat pemangku pengerusi yang jelas terpalit rasuah pada pemilihan Umno dan penuh skandal semasa di Felda.

- Advertisement -

Kemasukan Isa dilihat langkah Najib Razak menyelamatkan ayam tambatannya yang banyak memegang rahsia Najib sejak dahulu hingga kini.  Selepas Felda jadi ladang mengutip laba dengan tertubuhnya FGV yang akhirnya berdepan masalah besar.  Jasa menyimpan rahsia umum Najib di Negeri Sembilan suatu masa lalu menyebabkan Isa dihadiahkan untuk bersama SPAD,  satu lagi syarikat milik negara yang bakal menjanjikan sesuatu yang bernilai buat bekas peneraju Felda itu.

Pemimpin yang sah didapati bersalah di bawah Jawatankuasa Disiplin Umno kerana rasuah pada 2005 ini bakal menberi kejutan kepada SPAD dalam erti kata SPAD juga akan menjadi tempat Isa bereksperimen projek-projek mega dan segala jenis projek pengangkutan awam atas nama menglobalkan SPAD sama seperti dilakukan ke atas Felda dengan tertubuh FGV.

Rekod Isa di Felda dan Umno menjadi igauan kepada mereka yang berada di SPAD sejak awal ditubuhkan dengan projek berskala besar sebenarnya menanti untuk dimanipulasi perjalananya.

Terfikirkah kita bahawa Isa akan membawa idea pelaburan pelbagai untuk SPAD atas asas mahu menjadikan agensi itu lebih global sifatnya apatah lagi  kini banyak projek pengangkutan awam sudah mula diberi kepada Negara China oleh Perdana Menteri hari ini yang dianggap umpama menggadai kedaulatan negara.

SPAD miliki banyak projek, MRT,  LR,  Double Track, HSR dan Pembangunan Terminal.  Tidak mustahil pembangunan ini akan dibuat pada skala besar dengan idea Isa dalam kesempatan yang sama akan menjadikan projek itu suatu kepentingan kepada beliau dan kroninya.

Rekodnya sangat membimbangkan,  apa yang berlaku di Negeri Sembilan sejak beliau menjadi MB selama 22 tahun hingga 2004 bagaikan mimpi buruk ditambah kebobrokannya di Felda dan FGV. Anak Generasi muda hari ini muak dengan gelagat Isa Samad.

RoslanMEKami mengharapkan langkah Isa Samad di SPAD diperhatikan semua pihak khasnya badan penguatkuasa agar Isa tidak boleh  buat sewenang-wenang seperti beliau lakukan di Felda dan semasa menjadi MB Negeri Sembilan.

NGO Generasi tidak akan berdiam diri,  walaupun Isa sudah ke SPAD kerana SPAD juga harus diperbetulkan perjalanannya bagi diwarisi kepada generasi bebas rasuah pada masa mendatang.

MEMANGKIN IMPIAN GENERASI

USTAZ ROSLAN MD ESA
Presiden NGO Generasi Kebangsaan
22 Jun 2017 – HARAKAHDAILY 22/6/2017

- Advertisement -