FGV: Sulaiman ganti Isa dinanti, sedikit mengejutkan

- Advertisement -

PELANTIKAN Tan Sri Sulaiman Mahbob selaku pemangku Pengerusi FGV menggantikan Tan Sri Isa Abdul Samad suatu yang amat dinanti, namun ia sedikit mengejutkan, demikian menurut  Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi).

- Advertisement -

Presiden Generasi Roslan Md Esa berkata, ini adalah satu keputusan yang akan memberikan ‘feels good factor’ kepada Felda, FGV dan kerajaan khasnya apatah lagi menjelang pilihan raya umum ke-14.

Jelasnya, pelantikan seorang teknokrat ini membawa dimensi baharu kepada FGV dan beliau harus membuktikan profesionalisme dengan membuat perubahan di FGV.

“NGO Generasi juga melihat bahawa ini satu taktikal move oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan sedikit harapan kepada rakyat khasnya warga Felda,  namun sebarang tindak tanduk Najib sebenarnya diperhatikan rakyat dalam melihat perubahan yang sebenar,” katanya kepada Harakahdaily.

Namun, katanya yang menjangkakan perubahan satu signal bahawa pilihan raya sangat hampir malah menjadi satu trend yang dibuat Najib sebelum ini juga iaitu pada PRU13.

“Kami amat mengharapkan akan adanya ‘extra efforts’ oleh Sulaiman Mahbob untuk bergerak pantas menyelesaikan kemelut FGV.

“Tahniah sekali lagi daripada kami dan kami mendoakan FGV dapat disembuhkan demamnya yang lama belum kebah,” ujarnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perkara itu berkuat kuasa serta merta.

Sulaiman, 67, yang juga Pengerusi Telekom Malaysia (TM) adalah Pengerusi Kumpulan Pemantau Pemegang Saham Minoriti, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia dan Jambatan Kedua Sdn Bhd.

Beliau juga adalah Profesor Adjung di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Tun Abdul Razak dengan mengajar bidang Ekonomi dan Dasar Awam.

Pada 6 Jun lalu, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan FGV Ahmad Tifli Mohd Talha; Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Kamarzaman Abd Karim, untuk bercuti. Delima Oil Products Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada FGV.

Ia susulan pertuduhan terdapat unsur salah guna kuasa melibatkan penangguhan bayaran syarikat Afghanistan, Safitex bagi produk kelapa sawit yang dibekalkan oleh Delima Oil Products Sdn Bhd.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah memulakan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa. – HARAKAHDAILY 19/6/2017

- Advertisement -