Muslimah boleh kahwin kafir: Matlamat tidak menghalalkan cara

nuridah
- Advertisement -

KEBELAKANGAN ini, kenyataan-kenyataan berunsur hinaan terhadap Islam semakin membimbangkan. Terbaru, kita dikejutkan dengan akhbar yang bertajuk “Muslimah Boleh Kahwin Kafir – Prof Siti Musdah Mulia”.

- Advertisement -

Melalui kenyataan Prof. Siti Musdah, beliau menyatakan al-Quran menghalalkan perbuatan seks sumbang melalui konsep Islam rahmat untuk semua. Rujuk pautan akhbar untuk berita lanjut https://www.menara.my/muslimah-boleh-kahwin-kafir-prof-siti-musdah-mulia/

Dewan Muslimat PAS Malaysia, DMPM berasa kesal dengan kenyataan tersebut dan menyifatkannya sebagai satu hinaan terhadap agama sendiri. Kenyataan tersebut secara terang-terangan mencabar perintah Allah S.W.T dan tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang berpendidikan tinggi. DMPM menggesa sekerasnya agar kenyataan mencabar perintah Allah ditarik balik.

Allah S.W.T jelas melarang perbuatan terkutuk tersebut melalui firman (maksudnya): “Sesungguhnya kalian mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsu kalian (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kalian ini adalah kaum yang melampaui batas”. (Surah Al-A’raaf, 81)

Firman Allah maksudnya: “Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu, dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak- anak saudara kamu yang perempuan dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu dan anak-anak tiri yang dalam peliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu ) itu (dan kamu telah pun menceraikan mereka ), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua-beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), Kecuali yang berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah maha Pengampun, lagi Maha mengasihani.” (Surah An-Nisaa, 23)

Selain itu, kami turut berdukacita terhadap desakan beliau supaya pihak kerajaan campur tangan untuk mengharamkan ajaran Islam yang menjadi anutan rakyat Malaysia. Kami menegaskan bahawa Islam adalah agama rasmi berdasarkan kepada Perkara 3(1), Perlembagaan agama Islam ternyata diberi kedudukan yang istimewa berbanding agama-agama lain di negara ini. Gesaan tersebut sama sekali menyalahi perlembgaan.

Dengan ini, kami menggesa beliau menarik balik kenyataan biadap tersebut. Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar. Kami bersedia memberi penjelasan lanjut dalam isu ini. Semoga kita semua tergolong dari kalangan hamba yang taat kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya azab Allah cukup pedih bagi ke atas hambanya yang ingkar.

“Sejahtera Bersama Islam”
“Muslimat Memacu Kemenangan”

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
21 Ramadhan 1438 / 16 Jun 2017 – HARAKAHDAILY 16/6/2017

- Advertisement -