Bersihkan FGV daripada pengaruh sentimen politik

- Advertisement -

1. KEMELUT dalaman yang melanda Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) ketika ini dilihat akan terus menjejaskan reputasi FGV itu sendiri. Banyak perkara yang masih belum dapat dirungkai dengan prestasi FGV masih di takuk yang membimbangkan.

- Advertisement -

nasrudin2. Pengerusi FGV dilihat masih berselindung di sebalik beberapa isu melibatkan penyalahgunaan kuasa yang berlaku dalam FGV. Dakwaan balas yang dilakukan oleh Datuk Zakaria mengenai pelaburan jutaan ringgit yang “tidak masuk akal” juga perlu diberi perhatian serius.

3. Pengaruh politik dilihat masih kuat berakar dalam pengurusan FGV, menjadikan langkah memacu kelestarian pembangunan dalam industri agro-bisnes FGV seringkali tergendala. Sejak Tan Sri Isa Samad mengambil alih FGV pada 2011, pelbagai konflik melanda FGV dan ia tidak pernah menunjukkan tanda-tanda yang positif.

4. Maka, amat mustahak sekali proses reformasi pengurusan FGV dilaksanakan oleh pihak bertanggungjawab supaya FGV berperanan dalam sektor korporat dengan penuh integriti.

5. FGV perlu dipimpin oleh mereka yang bebas daripada sentimen politik. PAS bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tuanku Abdul Aziz bahawa kerajaan tidak sepatutnya melantik ahli politik dalam mana-mana syarikat milik kerajaan (GLCs) termasuklah FGV yang sudah sekian lama terpalit dengan pelbagai isu korupsi.

6.  FGV selayaknya dipimpin oleh ahli korporat yang bersih dan berintegriti tinggi. Ini adalah jalan penyelesaian utama yang diperlukan ketika ini. Konflik dan kemelut yang berterusan tidak memberi keuntungan kepada sesiapa, malah kesan dan implikasinya menjejaskan kesejahteraan para peneroka Felda itu sendiri.

Sejahtera Bersama Islam

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

- Advertisement -