Qatar diboikot selepas Trump ke Arab Saudi

- Advertisement -

SEORANG pemuda Palestin melahirkan hairan mengapa Arab Saudi boleh memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar atas alasan membantu pejuang Hamas.

- Advertisement -

Sedangkan katanya Hamas berjuang bagi mengembalikan hak rakyat Palestin selepas dijajah Zionis Israel dalam tempoh begitu lama.

Tanpa mendedahkan namanya, pelajar ijazah lanjutan di sebuah universiti awam di utara Semenanjung berkata, tindakan Arab Saudi tidak sepatutnya berlaku.

“Saya lebih hairan tindakan itu dilakukan selepas tidak lama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengunjungi Arab Saudi,” katanya ketika ditemui di Pulau Pinang.

Beliau berasal dari Semenanjung Gaza, sekarang sedang mengikuti pengajian di peringkat Doktor Falfasah Pentadbiran Perniagaan (DBA). Baru enam bulan berada di negara ini.

Baru-baru ini Arab Saudi, Emeriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir dilapor memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.

Tindakan itu dibuat atas dakwaan Doha terlibat kegiatan keganasan dengan mendukung Ikhwanul Muslimin, Hamas dan militan di Syria.

Pelajar calon PhD terbabit berkata, sepatutnya semua negara Islam membantu umat Islam yang sedang ditindas di Palestin sekarang.

“Kerajaan Palestin yang ada sekarang tidak mampu kerana berdepan dengan pelbagai sekatan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 11/6/2017

- Advertisement -