Muflis: Speaker tidak perlu hantar surat

- Advertisement -

SPEAKER Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak perlu menghantar surat kepada bekas Adun Nenggiri, Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani tentang kedudukannya memandangkan beliau sudah mengetahuinya.

- Advertisement -

Speaker Dun, Datuk Abdullah Yakob berkata, beliau hanya perlu mengisytiharkan kelayakan Mat Yusoff sebagai Adun Nenggiri kerana muflis.

“Tak perlu hantar surat, beliau (Mat Yusoff) sendiri telah maklum mengenai perkara itu,”ujar Abdullah lagi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mat Yusoff semalam yang mendakwa beliau masih belum menerima surat berhubung perkara itu.

Jelasnya, Mat Yusoff diisytiharkan muflis dan kesnya belum diselesaikan lagi.

“Kalau ia telah diselesaikan tak ada masaalah,” katanya ketika dihubungi.

Speaker menyatakan bahawa, beliau sebagai speaker perlu mengisytiharkan bahawa Mat Yusoff tidak layak lagi menjadi Adun kerana muflis.

Abdullah seterusnya memberitahu, beliau hanya menjalankan tugasnya sebagai seorang speaker  sebagaimana yang diminta.

Pada 1 Jun lalu Abdullah mengisytiharkan kekosongan kerusi Dun Nenggiri berikutan Adunnya, Mat Yusoff diisytiharkan muflis. – HARAKAHDAILY 8/6/2017

- Advertisement -