Kelantan umum bayar bonus raya

- Advertisement -

KERAJAAN Kelantan hari ini mengumumkan kakitangan awam di negeri itu bakal memperoleh ‘bonus saguhati’ atau ‘duit raya’ menjelang Aidilfitri tahun ini.

- Advertisement -

Mereka bakal menerima sumbangan itu sebanyak RM500.

Perkara itu diumumkan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, selepas mesyuarat exco di Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Katanya, Kelantan akan membayar bonus pada kakitangan awam di negeri itu sebagaimana kerajaan Persekutuan.

“Cuma berdasarkan kemampuan kitalah, kebetulan kerajaan Pusat akan bagi RM500 kita juga akan bagi sebanyak itu pada kakitangan kita,”ujarnya.

Beliau bagaimanapun belum dapat memastikan tarikh pembayaran itu akan dibuat.

Namun, katanya pengalaman lepas Kelantan membuat pembayaran awal sedikit berbanding kerajaan Pusat. – HARAKAHDAILY 7/6/2017

- Advertisement -