PAS kutuk serangan terhadap orang awam di Manchester dan London

- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk serangan ganas terhadap orang awam di London pada hari Sabtu lalu, yang menyebabkan 7 terbunuh dan 48 cedera. Sebelum pada ini, serangan ganas juga telah dilakukan di Manchester pada 22 Mei 2017 dengan modus operandi pengebom berani mati meletupkan dirinya yang mengorbankan sekurang-kurangnya 22 maut termasuk kanak-kanak dan 59 lagi cedera.

- Advertisement -

PAS mengutuk sekeras-kerasnya serangan berkenaan yang bercanggah dengan ajaran Islam sebenar. Islam adalah agama perdamaian yang menjaga hak orang awam semasa aman atau waktu peperangan. Islam melarang membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua dan merosakkan bangunan serta pokok tanaman.

Tambahan pula, UK mengamalkan sikap toleransi terhadap umat Islam untuk mengamalkan agama, dan umat Islam dapat hidup aman dan bebas untuk bekerja, berpendidikan, berurus niaga dan sebagainya.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 11 Ramadhan 1438H / 6 Jun 2017 – HARAKAHDAILY 6/6/2017

- Advertisement -