DPPM sesi 2017-19 retreat, mesyuarat kali pertama

- Advertisement -

HARI ini berlangsung Mesyuarat Penuh Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Kali Pertama sesi 2017-2019 di Kompleks Tahfiz Al-Qur’an & Anak Yatim Al-Qaradhawi (KOMTAQ), Kerdau, Temerloh, Pahang Darul Makmur.

- Advertisement -

Sebelum itu telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Harian DPPM dan Usrah Bulanan DPPM.

Saf Exco, Ketua-ketua dan Setiausaha-setiausaha Pemuda Negeri serta Pengarah-pengarah Jabatan DPPM berkampung di KOMTAQ Kerdau dari 7 – 9 Ramadan 1438H bersamaan 2 – 4 Jun 2017 untuk menghadiri Retreat DPPM bagi menghasilkan Visi, Misi, Halatuju Strategik, Sasaran dan Orientasi Gerak Kerja sepanjang dua tahun bagi sesi 2017-2019.

Retreat dan Mesyuarat DPPM yang dipengerusikan oleh Ketua Pemuda Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi membincanglan pelbagai agenda dan isu, membuat keputusan dan ketetapan, merencana dan merangka program-program, merancang tindakan ke depan dan lain-lain.

Antara agenda mesyuarat DPPM pertama ini ialah bagaimana segala keputusan, aktiviti dan tindakan akan menambahkan keuntungan kepada agenda Islam! – HARAKAHDAILY 4/6/2017

retreat

- Advertisement -