Adun BN muflis: Kerusi Dun Nenggiri kosong

- Advertisement -

ADUN Barisan Nasional Nenggiri, Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani diisytiharkan hilang kelayakan sebagai ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) kerana muflis.

- Advertisement -

Mat Yusof Abdul GhaniSpeaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kob berkata, pihaknya menerima surat pemakluman itu daripada Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Selangor pada 28 Mei lalu.

Katanya, perkara tersebut turut dimaklumkan pihak terbabit kepada Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Kelantan 21 Mei lepas.

“Bermula tarikh ini saya mengisytiharkan bahawa kerusi Dun Nengiri kosong akibat kebangkrapan tersebut,” katanya pada sidang media khas di Kota Darul Naim hari ini.

Abdullah juga berkata pihaknya akan menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memaklumkan perkara berkenaan.

Bagaimanapun beliau tidak mempunyai maklumat punca muflis pemimpin terbabit.

Difahamkan wakil rakyat BN berkenaan diisytihar muflis pada November tahun lalu. – HARAKAHDAILY 1/6/2017

- Advertisement -