Makluman dari meja koordinator SMARTPAS

- Advertisement -

AS-SALAM semua, Sejak beberapa hari ini, ada beberapa individu yang telah highlightkan isu security/keselamatan kepada pengguna SMARTPAS. Di sini saya mengambil kesempatan memberi sedikit pencerahan. Dalam sistem SMARTPAS ini ada beberapa istilah security/keselamatan.

- Advertisement -

1)    Security Maklumat Data Pelanggan
2)    Security Data Aplikasi
3)    Security Database PAS Pusat.

1.    Security Maklumat Data Pelanggan

Berkenaan maklumat data pelanggan, semua TELCO tertakluk kepada Personal Data Protection Act (PDPA) yang mana maklumat peribadi pelanggan tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak tanpa kebenaran dari pelanggan. Jika berlaku kebocoran dan perlanggaran perjanjian kita sebagai pengguna boleh bawa ke pihak pengadilan (Mahkamah)

2.    Security Data Aplikasi

Kami mempunyai aplikasi team provider yang sangat concern/prihatin mengenai security. Sejak pembinaan apps SmartPAS, memang kami dimaklumi ada beberapa kali “security attacks” atau hackers terhadap aplikasi SMARTPAS. Tujuan hacker’s ini utk merosakkan dan sabotage apps/website SMARTPAS dan bukan ingin mengambil maklumat/data. Alhamdulillah team Kami telah dapat mengesan dan seterusnya mempertingkatkan security supaya lebih ketat dan sepanjang pengalaman mereka dalam membina aplikasi, tak pernah lagi mereka tingkatkan security aplikasi setinggi/seketat yang dibuat kepada aplikasi SMARTPAS ini. Setakat ini, alhamdulillah kami dapat atas segala security threats.

3.    Security database PAS Pusat

Apliksi ini dibina dengan kalobrasi antara Jabatan IT PAS Pusat dan SMARTPAS. Perbincangan awal telah dimulakan sebelum wujudnya aplikasi ini lagi. Setiap kali pengguna mendaftar untuk menggunakan apps, sistem akan check database PAS Pusat untuk mengesahkan keahlian PAS. Setakat ni, perhubungan antara database SMARTPAS dan PAS Pusat adalah secure/selamat. Jika apa-apa berlaku pada database SMARTPAS tidak akan ada apa-apa kesan kepada database PAS Pusat dan begitu juga sebaliknya. Jika JITP merasakan kita perlu tingkatkan security, mereka boleh hubungi terus kami dari masa kesemasa.

Walau bagaimanapun pihak kami tetap peka dan prihatin terhadap security dalam semua aspek. Pihak kami terbuka kepada mana-mana pihak atau entity yang mempunyai kepakaran untuk duduk berbincang demi memartabatkan SMARTPAS di kalangan ahli PAS dan rakyat Malaysia umumnya. Kami juga telah berjumpa dengan pihak yang highlight kan isu ini dan beberapa langkah sedang dan akan diambil demi kelangsungan projek Jemaah yang kita sayangi ini terus berjaya. Untuk akhirnya saya mohon agar semua pihak termasuk ejen-ejen dan semua pengguna SMARTPAS sentiasa berdoa agar Allah sentiasa melindungi projek ini dari sebarang kejahatan. Aamiin

Haji Khuzaini
Koordinator SMARTPAS
01138890808

- Advertisement -