Penduduk bukan Islam terima bantuan Ramadan

- Advertisement -

SERAMAI 50 penduduk bukan Islam turut menerima bantuan daripada wakil rakyat sempena bulan Ramadan sekarang.

- Advertisement -

Mereka termasuk dalam kalangan 550 armalah dan orang miskin di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Wakaf Bharu menerima bantuan tersebut hari ini.

Bantuan itu disampaikan Adun Wakaf Bharu, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Che Abdullah yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, kerajaan negeri tidak melupakan tanggungjawab bagi memastikan penduduk miskin terbela.

“Bantuan juga diberi kepada penduduk bukan Islam yang terdiri daripada golongan rakyat miskin,” katanya pada program penyampaian bantuan itu di Masjid Mukim Kampung Delima, Wakaf Bharu.

Beliau juga mengingatkan orang Islam sentiasa berjimat cermat ketika berbelanja pada bulan Ramadan sekarang bagi mengelakkan pembaziran.

Menurutnya apabila penghayatan Islam diamal secara menyeluruh pembaziran tidak akan berlaku. – HARAKAHDAILY 29/5/2017

- Advertisement -