Tinjauan awal PRK N.74 Pujut

- Advertisement -

MENJELANG Pilihan raya Kecil (PRK) Dun N.74 Pujut, semalam telah berlangsung tinjauan awal dan pertemuan PAS Sarawak bersama Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Pujut, Miri, Sarawak.

- Advertisement -

Ini merupakan lawatan pertama beliau ke Sarawak setelah diamanahkan sebagai Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat. Perbincangan berkisar persiapan menghadapi pilihan raya serta perkembangan terkini PAS Sarawak.

Hadir pada pertemuan tersebut bagi pihak PAS Sarawak termasuk Pesuruhjaya, Haji Jofri Jaraiee, Setiausaha, Muhtar Suhaili As-Sarawaki, Ketua Pemuda, Mohammad Arifiriazul Paijo dan Wakil Pengarah Pilihanraya, Wan Husni Wan Osman.

PAS Sarawak telah menyatakan pandangan pro dan kontra kepada PAS Pusat berkenaan PRK N.74 Pujut. Keputusan akhir sama ada bertanding atau sebaliknya akan dibuat oleh PAS Pusat dan akan dimaklumkan kepada umum pada masa yang sesuai.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan penamaan calon akan diadakan pada 20 Jun dan hari mengundi pada 4 Julai 2017.

PRK Dun Pujut diadakan setelah kerusi tersebut kosong susulan pelucutan jawatan wakil rakyat DAP, Dr Ting Tiong Choon kerana dikatakan mempunyai kewarganegaraan Australia.

Dalam pertandingan empat penjuru pada 7 Mei tahun lalu, wakil DAP itu menang dengan 8,899 undi menewaskan Datuk Hii King Chiong (BN) yang meraih 7,140 undi, manakala Jofri Jaraiee (PAS) 513 undi, diikuti Fong Pau Teck (Bebas) hanya 375 undi.

Pujut dalam Parlimen Miri ada 26,202 pengundi terdiri daripada 70.4 peratus kaum Cina, Melayu dan Melanau (17.9 peratus), Iban (7.5 peratus), Orang Ulu (1.8 peratus), Bidayuh (0.6 peratus) serta lain-lain (1.6 peratus).

Siiru ‘ala barakatillah, teruskan perjuangan!

#UntukmuSarawak
#MaraMenujuCita
#SejahteraBersamaIslam – HARAKAHDAILY 25/5/2017

- Advertisement -