Madinah Ramadan sedia sambut tetamu Ramadan

- Advertisement -

PERSIAPAN Madinah Ramadan, lokasi solat tarawih di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV sedang rancak dijalankan bagi mengamit kedatangan sehingga 6,000 pengunjung setiap malam.

- Advertisement -

Jurucakap Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) Ustaz Wan Mohamad Sharafi Wan Mustafa berkata, landskap yang bertemakan tanah Arab lengkap pokok kurma dan unta sedang disiapkan.

Manakala persiapan khemah utama sehingga kini 95 peratus siap.

“Persiapan dari segi pembinaan khemah sudah bermula seminggu lalu, dan sekarang sudah siap 95 peratus, kita bersedia memulakan pada Jumaat atau Sabtu ini.

“Kini pekerja sedang bertungkus-lumus menyiapkan bahagian dalaman mahu pun luaran,” katanya ketika ditemui di Kota Bharu petang ini.

Madinah Ramadan kali ini menampilkan sedikit kelainan berbanding tahun-tahun lalu iaitu program daurah al-Quran.

Menurutnya, pendaftaran kini melebihi 100 dengan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat yang diadakan dalam konsep tiga dalam satu.

“Setiap peserta akan membaca al-Quran secara beramai-ramai di bawah pimpinan qari yang dijemput sepanjang bulan Ramadan, satu hari satu juzuk.

“Selain itu, mereka juga dapat mempelajari al-Quran dengan terjemahan serta tafsir yang disampaikan ulama yang kita jemput khas,” katanya. – HARAKAHDAILY 25/5/2017

Madinah Ramadan a

- Advertisement -